CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, May 11, 2010

PHOTOSHOOT LAGI

Salam untuk semua...sekali lagi sesifotografi bertemakan batik telah pun diadakan. Kali ini modelnya Nuratirah Razali. Busana pada hari itu dari Seem Noor Batek. Photoshoot ini dilakukan pada hari selasa 27/04/10 merupakan hari bekerja jadi kali ini Nik yang merupakan rakan seperjuangan Dee tidak dapat mengikuti sesifotografi kali ini. Pada hari itu seramai tiga orang fotografer iaitu Meng(www.Efanphotography.com), Dome(www.Digital Dome.com) dan Azahar(www.dungunphotographer.blogspot.com). Sesi fotografi ini dilakukan di sekitar daerah Setiu Terengganu. Jom saksikan gambar-gambar yang sempat dirakamkan oleh tiga fotografer, antara yang tersohor di Negeri Terengganu.........Layan







Sunday, May 9, 2010

MAJLIS PERKAHWINAN AZREEN


Hai semua...majlis akad nikah Azreen ini dilangsungkan pada 10/04/10 yang lalu pada jam 2.30 petang, dikampung Losong Haji Mat Shafie yang merupakan jiran pada dee. Dalam majlis ini Azreen mengenakan busana berona pink dan putih manakala majlis persandinganya dilangsungkan sebaik sahaja selesai majlis akad nikah tersebut. Dalam majlis persandingan itu pula Azreen mengenakan busana songket berona purple manggis. Terima kasih pada Azreen dan keluarga kerana sekali lagi memberikan kepercayaan pada Dee untuk merialisasikan majlis ini ( pernah makeup adiknya) . Agak belum terlambat untuk Dee Renjis Gallery mengucapkan selamat pengantin baru buat Azreen dan pasanganya semoga setia ke akhir hayat.