CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, July 12, 2010

MAJLIS PERKAHWINAN ANIE & NIZAM

Salam untuk semua, sudah agak lama Dee tidak update blog kerana banyak perkara yang perlu didahulukan.

Majlis akad nikah Anie & Nizam ini dilangsungkan pada 24 Jun 2010 jam 9.00 malam dan diadakan di Masjid Kristal Kuala Terengganu.

Untuk majlis ini Anie mengenakan busana berona putih, sementara keesokannya pula majlis diadakan di rumah Anie di Kg. Bukit Tunggal, Kuala Terengganu jam 11 pagi. Anie mengenakan sepasang kebaya coklat yang merupakan warna tema untuk majlis persandingannya.

Selamat Pengantin Baru daripada Dee Renjis Gallery buat kedua mempelai, semoga setia ke akhir hayat.




Tuesday, May 11, 2010

PHOTOSHOOT LAGI

Salam untuk semua...sekali lagi sesifotografi bertemakan batik telah pun diadakan. Kali ini modelnya Nuratirah Razali. Busana pada hari itu dari Seem Noor Batek. Photoshoot ini dilakukan pada hari selasa 27/04/10 merupakan hari bekerja jadi kali ini Nik yang merupakan rakan seperjuangan Dee tidak dapat mengikuti sesifotografi kali ini. Pada hari itu seramai tiga orang fotografer iaitu Meng(www.Efanphotography.com), Dome(www.Digital Dome.com) dan Azahar(www.dungunphotographer.blogspot.com). Sesi fotografi ini dilakukan di sekitar daerah Setiu Terengganu. Jom saksikan gambar-gambar yang sempat dirakamkan oleh tiga fotografer, antara yang tersohor di Negeri Terengganu.........Layan







Sunday, May 9, 2010

MAJLIS PERKAHWINAN AZREEN


Hai semua...majlis akad nikah Azreen ini dilangsungkan pada 10/04/10 yang lalu pada jam 2.30 petang, dikampung Losong Haji Mat Shafie yang merupakan jiran pada dee. Dalam majlis ini Azreen mengenakan busana berona pink dan putih manakala majlis persandinganya dilangsungkan sebaik sahaja selesai majlis akad nikah tersebut. Dalam majlis persandingan itu pula Azreen mengenakan busana songket berona purple manggis. Terima kasih pada Azreen dan keluarga kerana sekali lagi memberikan kepercayaan pada Dee untuk merialisasikan majlis ini ( pernah makeup adiknya) . Agak belum terlambat untuk Dee Renjis Gallery mengucapkan selamat pengantin baru buat Azreen dan pasanganya semoga setia ke akhir hayat.

Sunday, April 25, 2010

AYU YANG AYU 2

Berkonsepkan batik yang merupakan salah satu hasil kerja tangan rakyat negeri Terengganu telah di pilih untuk sesi fotografi ini. Ayu serta adiknya Aya menjadi model untuk kali ini. Ayu dimakeupkan oleh Dee sendiri sementara Aya dimakeupkan oleh Nik(www.Eternaltouch-nik.blogspot.com) yang merupakan salah seorang juru makeup yang sedang mencipta nama dipersada dunia persolekan di negeri Terengganu ini.Fotografer pada hari itu Meng(www.Efanphotography.com) yang merupakan salah seorang fotografer yang terkenal disini. Busana yang digayakan oleh model-model kali ini dari Seem Noor Batek dan dari Dimas Batik. Keindahan dan ketenangan disekitar kuala Terengganu menjadi lokasi sesi fotografi kali ini. Terima kasih dari Dee Renjis Gallery kepada semua yang menjayakan sesi fotografi tersebut. Jom saksikan sebahagian dari ganbar-gambar yang sempat dirakamkan.....layan

Ayu yang dimakeupkan oleh Dee
Aya yang dimakeupkan oleh Nik
Ayu...sesuai dengan panggilannya
Busana dari Dimas Batik
Busana dari Seen Noor Batik
Semua gambar dari Meng
Sempat bergambar dengan model masing-masing

Sunday, April 18, 2010

MODEL RE-NU

Salam untuk semua..... setelah kerja memakeupkan gadis-gadis litar selesai, Dee sekali lagi dipelawa oleh Baby Elle bagi memakeupkan model-model untuk pelancaran product terbaru Re-nu yang merupakan air cucian terbaru kanta lengkap. Kerja- kerja ini dilakukan pada 6/04/10 yang lalu di One World Hotel Petaling Jaya, Selangor, seawal 7pagi. Juru makeup untuk kali ini seramai 4 orang dan modelnya seramai 6 orang jadi tidaklah terkejar-kejar untuk menyiapkan mereka. Atas permintaan pihak penganjur model-model ini hanya dimakeupkan agak netural saja agar kelihatan cantik dan segar. Keramahan dan kepercayaan yang diberikan oleh model-model ini menjadikan kerja-kerja memakeupkanya menjadi mudah dan cepat. Saksikanlah gambar-gambar yang sempat di rakamkan untuk tatapan anda semua....layan....
kerja-kerja makeup baru bermula
Setelah selesai makeup rapikan rambut pulak

Model yang Dee makeupkan pada hari itu
Dee bersama model Re-nu
Dee bersama model dan makeup artis pada hari itu

Saturday, April 17, 2010

GADIS LITAR

memulakan mekap seawal jam 3 pagi
Sedang menyiapkan gadis litar
Sentuhan terakhir sebelum acara bermula
Sebahagian dari gadis-gadis litar...
Hanya lima orang juru makeup yang ke litar Sepang

Salam untuk semua yang sudi ke blog Dee Renjis Gallery, kali ini Dee paparkan kerja-kerja memakeupkan gadis-gadis litar Formula One yang berlangsung pada 4/3/10 seawal jam 3 pagi di hotel Pullman Putrajaya Selangor. Dee bersama lima orang lagi juru makeup ditugaskan memakeupkan gadis-gadis litar ini seramai 51 orang dan masa yang diberikan hanya 5jam setengah saja kerana pada jam8.30pagi, kami terpaksa bertolak ke litar Sepang pula. Saksikan gambar-gambar yang sempat di rakamkan pada hari tersebut.

Thursday, April 15, 2010

PERCUTIANKU KE BEIJING

Setelah berakhirnya cuti penggal persekolahan pada bulan march yang lalu, Dee mengambil peluang bercuti ke Beijing pada 26 hingga 31 march 2010.Cuaca di Beijing teramatlah sejuk sekali berbanding di malaysia sekarang.Pada masa itu di Beijing baru lepas musim salji,jadi bahan sejuknya masih terasa.Di Beijing Dee sempat melawat ke tempat-tempat yang menarik,antaranya Tiananmen Square, Forbidden City, Great Wall,Tea House, Jade Cetre & Crystal, Summer Palace, Bird's Nest Stadium dan beberapa tempat yang lain. Saksikanlah gambar-gambar yang sempat di rakamkan.....layan......

Hard Rock Cafe & , Bird's Nest Stadium

Tea House
Jade & Crystal Centre
Tiananmen Square
Great Wall
di Great Wall bersama ahli rombongan
Begitulah sebahagian gambar-gambar yang sempat rakamkan semasa bercuti ke sana