Berkonsepkan batik yang merupakan salah satu hasil kerja tangan rakyat negeri Terengganu telah di pilih untuk sesi fotografi ini. Ayu serta adiknya Aya menjadi model untuk kali ini. Ayu dimakeupkan oleh Dee sendiri sementara Aya dimakeupkan oleh Nik(www.Eternaltouch-nik.blogspot.com) yang merupakan salah seorang juru makeup yang sedang mencipta nama dipersada dunia persolekan di negeri Terengganu ini.Fotografer pada hari itu Meng(www.Efanphotography.com) yang merupakan salah seorang fotografer yang terkenal disini. Busana yang digayakan oleh model-model kali ini dari Seem Noor Batek dan dari Dimas Batik. Keindahan dan ketenangan disekitar kuala Terengganu menjadi lokasi sesi fotografi kali ini. Terima kasih dari Dee Renjis Gallery kepada semua yang menjayakan sesi fotografi tersebut. Jom saksikan sebahagian dari ganbar-gambar yang sempat dirakamkan.....layan
Sunday, April 25, 2010
AYU YANG AYU 2
Posted by dee renjis gallery at 8:12 AM 0 comments
Sunday, April 18, 2010
MODEL RE-NU
Posted by dee renjis gallery at 11:11 PM 0 comments
Saturday, April 17, 2010
GADIS LITAR




Posted by dee renjis gallery at 6:18 AM 0 comments
Thursday, April 15, 2010
PERCUTIANKU KE BEIJING
Setelah berakhirnya cuti penggal persekolahan pada bulan march yang lalu, Dee mengambil peluang bercuti ke Beijing pada 26 hingga 31 march 2010.Cuaca di Beijing teramatlah sejuk sekali berbanding di malaysia sekarang.Pada masa itu di Beijing baru lepas musim salji,jadi bahan sejuknya masih terasa.Di Beijing Dee sempat melawat ke tempat-tempat yang menarik,antaranya Tiananmen Square, Forbidden City, Great Wall,Tea House, Jade Cetre & Crystal, Summer Palace, Bird's Nest Stadium dan beberapa tempat yang lain. Saksikanlah gambar-gambar yang sempat di rakamkan.....layan......





Posted by dee renjis gallery at 1:44 AM 0 comments
Wednesday, April 7, 2010
RUANGAN KHAS : PERSANDINGAN LIANA & TAUFIQ





Posted by dee renjis gallery at 1:26 AM 0 comments
Sunday, March 21, 2010
MAJLIS AKAD NIKAH ZURYANI
Salam untuk semua yang sudi menjengokkan mata ke blog Dee. Kali ini Dee paparkan untuk majlis akad nikah dan sambut menantu sahaja. Untuk majlis persandinganya Dee terpaksa menghantar kawan Dee untuk memakeupkannya disebabkan Dee ke majlis yang lain. Kalau semua masih ingat dipaparan yang lepas Zuryani ini bertunang pada 22/01/10, yang mana Zuryani mengenakan busana yang berona merah cili. Untuk majlis akad nikah ini berlangsung pada12/03/10 jam 3petang di Masjid Tengku Tengah Zaharah Kuala Terengganu. Dalam majlis ini Zuryani mengenakan busana yang berona putih sementara untuk majlis sambut menantu pula diadakan pada 14/03/10 pada jam 12 tengahari dimana Zuryani mengenakan busana yang berona purple. Terima kasih pada Zuryani kerana sekali lagi memberikan kepercayaan pada Dee untuk memakeupkanya. Selamat pengantin baru dari Dee Renjis Gallery buat kedua mempelai semoga setia ke akhir hayat.
Posted by dee renjis gallery at 12:25 AM 0 comments
Wednesday, March 17, 2010
MAJLIS AKAD NIKAH NOORFAZLINA
gambar ini dari www.Jeophoto.blogspot.com
Majlis akad nikah Noorfazlina ini dilangsungkan pada tanggal 04/03/10 pada jam 9.30 malam dikampong Cepoh, Kuala Telemong, Hulu Terengganu. Dalam majlis ini Lina dan pasanganya yang bernama Saifuddin mengenakan busana yang berona putih.Lina kelihatan begitu ayu sekali dengan busana tersebut. Selamat pengantin baru dari Dee Renjis Gallery buat kedua mempelai semoga setia keakhir hayat.
Posted by dee renjis gallery at 9:30 AM 0 comments
MAJLIS PERSANDINGAN NORLI
Bertempat dikampung Gong Pak Maseh Kuala Terengganu, majlis persandingan Norli ini dilangsungkan pada27/02/10 jam 3.30petang. Dalam majlis ini kedua mempelai mengenakan busana songket yang berona meroon yang merupakan warna tema dimajlis ini. Selamat pengantin baru dari Dee Renjis Gallery buat kedua mempelai semoga setia ke akhir hayat.
Posted by dee renjis gallery at 9:09 AM 0 comments
MAJLIS AKAD NIKAH LIANA
Majlis akad nikah Liana ini berlangsung pada 13/03/10 jam 10pagi di Masjid Kristal, Kuala Terengganu. Kerja-kerja makeover Liana dilakukan di rumah rehat Taman Tamadun Islam Kuala Terengganu.Dalam majlis ini Liana dan pasanganya mengenakan busana berona putih. Pada sebelah malam diadakan pula majlis persandinganya di dewan Taman Tamadun Islam. Nantikan gambar-gambar makeover Liana untuk majlis persandingan tersebut.........tunggu....
Posted by dee renjis gallery at 2:54 AM 0 comments
Sunday, March 7, 2010
MAJLIS PERSANDINGAN ANI & DILAH
(gambar ini dari Lanzbo-personality.blogspot.com)
Majlis persandingan Ani dan Dilah ini berlangsung pada 26/02/10 jam 3.30 petang di kampung Gelugor Kedai Kuala Terengganu. Dalam majlis ini kedua mempelai mengenakan busana songket berona cokelat manakala untuk acara memotong kek pula mempelai mengenakan sepasang gaun moden yang berona putih. Selamat pengantin baru buat kedua mempelai dari Dee Renjis Gallery, semoga setia ke akhir hayat
Posted by dee renjis gallery at 7:38 AM 0 comments