CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, March 21, 2010

MAJLIS AKAD NIKAH ZURYANI



Salam untuk semua yang sudi menjengokkan mata ke blog Dee. Kali ini Dee paparkan untuk majlis akad nikah dan sambut menantu sahaja. Untuk majlis persandinganya Dee terpaksa menghantar kawan Dee untuk memakeupkannya disebabkan Dee ke majlis yang lain. Kalau semua masih ingat dipaparan yang lepas Zuryani ini bertunang pada 22/01/10, yang mana Zuryani mengenakan busana yang berona merah cili. Untuk majlis akad nikah ini berlangsung pada12/03/10 jam 3petang di Masjid Tengku Tengah Zaharah Kuala Terengganu. Dalam majlis ini Zuryani mengenakan busana yang berona putih sementara untuk majlis sambut menantu pula diadakan pada 14/03/10 pada jam 12 tengahari dimana Zuryani mengenakan busana yang berona purple. Terima kasih pada Zuryani kerana sekali lagi memberikan kepercayaan pada Dee untuk memakeupkanya. Selamat pengantin baru dari Dee Renjis Gallery buat kedua mempelai semoga setia ke akhir hayat.

Wednesday, March 17, 2010

MAJLIS AKAD NIKAH NOORFAZLINA




gambar ini dari www.Jeophoto.blogspot.com

Majlis akad nikah Noorfazlina ini dilangsungkan pada tanggal 04/03/10 pada jam 9.30 malam dikampong Cepoh, Kuala Telemong, Hulu Terengganu. Dalam majlis ini Lina dan pasanganya yang bernama Saifuddin mengenakan busana yang berona putih.Lina kelihatan begitu ayu sekali dengan busana tersebut. Selamat pengantin baru dari Dee Renjis Gallery buat kedua mempelai semoga setia keakhir hayat.

MAJLIS PERSANDINGAN NORLI



Bertempat dikampung Gong Pak Maseh Kuala Terengganu, majlis persandingan Norli ini dilangsungkan pada27/02/10 jam 3.30petang. Dalam majlis ini kedua mempelai mengenakan busana songket yang berona meroon yang merupakan warna tema dimajlis ini. Selamat pengantin baru dari Dee Renjis Gallery buat kedua mempelai semoga setia ke akhir hayat.

MAJLIS AKAD NIKAH LIANA



Majlis akad nikah Liana ini berlangsung pada 13/03/10 jam 10pagi di Masjid Kristal, Kuala Terengganu. Kerja-kerja makeover Liana dilakukan di rumah rehat Taman Tamadun Islam Kuala Terengganu.Dalam majlis ini Liana dan pasanganya mengenakan busana berona putih. Pada sebelah malam diadakan pula majlis persandinganya di dewan Taman Tamadun Islam. Nantikan gambar-gambar makeover Liana untuk majlis persandingan tersebut.........tunggu....

Sunday, March 7, 2010

MAJLIS PERSANDINGAN ANI & DILAH



(gambar ini dari Lanzbo-personality.blogspot.com)

Majlis persandingan Ani dan Dilah ini berlangsung pada 26/02/10 jam 3.30 petang di kampung Gelugor Kedai Kuala Terengganu. Dalam majlis ini kedua mempelai mengenakan busana songket berona cokelat manakala untuk acara memotong kek pula mempelai mengenakan sepasang gaun moden yang berona putih. Selamat pengantin baru buat kedua mempelai dari Dee Renjis Gallery, semoga setia ke akhir hayat