CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, February 24, 2010

SESI FOTOGRAFI NURUL



Sesi fotografi Nurul ini dilakukan pada sebelah petang 16/2/10 dimana Nurul ke butik Dee untuk dimakeupkan. Dalam sesi ini Nurul mengenakan sepasang gaun putih yang menjadi pilihanya,katanya pada hari persandinganya pada 14/2/10 (bukan Dee yang makeup) dia tidak sempat mengenakan gaun ini . Selamat pengantin baru buat Nurul dan pasanganya dari Dee Renjis Gallery semoga setia ke akhir hayat.

Sunday, February 21, 2010

MAJLIS SAMBUT MENANTU UZLINA



Majlis sambut menantu Uzlina ini berlangsung pada 15/2/10 jam12 tengahari dirumah pengantin lelaki di kampumg Bukit Payung Marang Terengganu. Dalam majlis ini Uzlina yang berasal dari Kuala Lumpur mengenakan busana yang berona oren merupakan warna tema bagi majlis tersebut. Kerja makeover Uzlina ini diadakan di rumah ibusaudaranya di kampung Seberang Baroh, Kuala Terengganu. Selamat pengantin baru buat Uzlina dan pasanganya dari Dee Renjis Gallery semoga setia ke akhir hayat.

MAJLIS PERKAHWINAN NIRA



Selepas makeover Rohayu, Dee bergegas pula kerumah Nira di kampung Pasir Panjang. Majlis akad nikah dan majlis persandigan Nira ni dilakukan serentak pada jam 12 tengahari.Dalam majlis ini Nira dan pasanganya mengenakan busana yang berona putih mutiara yang di jahit oleh ibunya sendiri yang merupakan seorang tukang jahit. Selamat pengantin baru dari Dee Renjis Gallery buat kedua mempelai semoga setia ke akhir hayat.

MAJLIS PERKAHWINAN ROHAYU & MOHD RASULLUDIN




Makeover Ayu(bukan model dibawah) untuk majlis akad nikah ini diadakan pada pagi 13/2/10. Dee terpaksa bergegas ke rumahnya di kg Seberang Bukit Tumbuh seawal 7.30pagi kerana majlis akad nikahnya diadakan jam 10pagi di Masjid Kristal,Kuala Terengganu. Dalam majlis ini Ayu & pasanganya mengenakan busana yang berona putih mutiara dan pada majlis persandinganya pula kedua pengantin ini mengenakan busana songket berona meroon yang diadakan di rumah Ayu jam 2petang pada hari yang sama. Selamat pengantin baru dari Dee Renjis Gallery buat kedua mempelai, semoga setia ke akhir hayat.

Saturday, February 13, 2010

AYU YANG AYU

Berlatar belakangkan keindahan dan kedamaian di sekitar daerah Marang,Terengganu satu sesi fotografi telah diadakan dengan kerjasama Meng dari Tokyo Studio & Colour Lab (www.efanphotography.com) dan Dome (www.digitaldome.com.my) dan Ayu sebagai model. Segala kelengkapan dan busana dari Dee Renjis Gallery, manakala tatariasnya dilakukan oleh Dee sendiri dan pembantu Dee pada sesi fotografi ini ialah Nik (www.eternaltouch-nik.blogspot.com) Terima kasih pada semua yang telah terlibat semasa sesi fotografi ini berlangsung.Jom saksikan hasil dari sesi fotografi ini.

Sila klik pada gambar








(Gambar-gambar ini adalah ehsan dari www.efanphotography.com.my)

Saturday, February 6, 2010

MAJLIS PERKAHWINAN NORMARDIAH




Majlis akad nikah Normardiah ini berlangsung pada 4/2/10 jam 3.30 petang dikediamanya di kg Teluk Ketapang. Kuala Terengganu. Pada majlis ini Nor mengenakan busana berona putih. Pada keesokanya 5/2/10 jam 3 petang majlis persandinganya pula diadakan. Dalam majlis ini Nor mengenakan busana yang berona purple merupakan warna tema untuk majlis perkahwinanya.Selamat pengantin baru buat kedua mempelai dari Dee Renjis Gallery semoga setia ke akhir hayat.

MAJLIS PERTUNANGAN ZURYANI


Majlis pertunangan Zuryani ini berlangsung pada 22/1/10 jam 3 petang yang lalu, di kg Kuala Ibai Kuala Terengganu. Dalam majlis ini Zuriani mengenakan busana berona merah cili.Terima kasih pada Zuryani kerana telah memberi kepercayaan pada Dee untuk majlis perkahwinanya pula pada bulan March ini sebanyak tiga kali untuk tiga majlis.Ucapan selamat bertunang buat Zuryani dari Dee Renjis Gallery.

MAJLIS PERKAHWINAN ZADARIAH


Majlis perkahwinan Zadariah ini berlangsung pada 22/1/10 yang lalu, di kg Chendering.Kuala Terengganu. Majlis akad nikahnya berlangsung di masjid Tengku Tengah Zaharah. Dalam majlis ini pengantin mengenakan busana berona putih mutiara. Selamat pengantin baru dari Dee Renjis Gallery buat kedua mempelai semoga setia ke akhir hayat.

Tuesday, February 2, 2010

MAJLIS PERKAHWINAN YUSNILAWATI DAN MOHD AZHARI





Majlis akad nikah Yusnilawati Laili dan Mohd Azhari ini berlangsung di kg Chendering,Kuala Terengganu, pada 24/12/09 yang lalu jam 9.30mlm. Pada majlis ini kedua mempelai mengenakan busana berona pink dan cream. Dalam majlis persandinganya pula,yang diadakan pada 25/12/09 jam 3.30ptg kedua mempelai ini mengenakan busana yang berona purple. Setelah selesai majlis persandingan kedua mempelai ini sempat bergambar di satu kawasan yang berhampiran dengan rumah pengantin perempuan. Selamat pengantin baru dari Dee Renjis Gallery buat kedua mempelai semoga setia ke akhir hayat.