CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, January 28, 2010

MAJLIS BERINAI KECIL SERINA



Pada 31/12/09 yang lalu Dee berkesempatan menjadi pembantu kepada Baby Elle untuk majlis berinai kecil Serina ini yang di adakan di JW Marriott Hotel.Pada majlis ini Serina mengenakan beberapa pasang busana.Selamat pengantin baru buat Serina serta pasanganya,semoga setia ke akhir hayat.

Wednesday, January 20, 2010

CHINESE PHOTOGRAPHY



Pada 20/12/09 Dee ditugaskan untuk satu sesi fotografi.Semasa pengantin ini dimekapkan,Dee menghadapi sedikit masalah kerana pengantin yang berasal dari Vietnam ini tidak tahu berbahasa English,Cina apatah lagi Bahasa Melayu.Jadi Dee terpaksa menggunakan bahasa isyarat sahaja.Atas permintaan pihak lelaki,gambarnya tidak dapat dipaparkan di blog ini.
Apapun,Dee Renjis Gallery mengucapkan Selamat Pengantin Baru buat kedua mempelai.Semoga setia ke akhir hayat.


MAJLIS SAMBUT MENANTU BOESTAMAN DAN AZIYAH




(Gambar ihsan dari www.Efanphotography.com)

Majlis sambut menantu ini diadakan pada 19 disember 2009 yang lalu bertempat di Kampung Tok Adis Kuala Ibai, Kuala Terengganu. Pada majlis ini, Aziyah yang berasal dari Sandakan, Sabah ini mengenakan busana yang berona Ungu. Selamat Pengantin Baru dari Dee Renjis Gallery buat kedua mempelai. Semoga setia ke akhir hayat.

Thursday, January 7, 2010

MAJLIS PERTUNANGAN BIBI


Majlis pertunangan bibi ini berlangsung pada 26/12/2009 jam 3.00 petang bertempat di Jalan Kamarudin, Kuala Terengganu. Di majlis ini, Bibi mengenakan busana berona Krim Keemasan. Ucapan Selamat Bertunang daripada Dee Renjis Gallery kepada Bibi dan pasanganya.

MAJLIS SAMBUT MENANTU AISHAH



Majlis sambut menantu ini berlangsung pada 26/12/2009 jam 12.30 tengahari di kampung hiliran, Kuala Terengganu. Di majlis ini, Aishah yang berasal dari Johor mengenakan buasana yang berona Krim. Ucapan Selamat Pengantin Baru dari Dee Renjis Gallery buat kedua mempelai semoga setia ke akhir hayat.