CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, December 27, 2009

SESI FOTOGRAFI FIZANIS LIYANA





Sesi fotografi Fizanis Liyana ini berlangsung di Kg Tepoh, Batu Rakit Kuala Terengganu pada 29/05/09 jam 11 pagi.

Gambar ini diperoleh dari Liyana sendiri untuk dipaparkan di blog Dee Renjis Gallery. Sekarang ini Liyana juga bertugas sebagai jurumekap.
Masih belum terlambat untuk Dee Renjis Gallery mengucapkan Selamat Pengantin Baru buat kedua mempelai.

Tuesday, December 22, 2009

MAJLIS PERTUNANGAN NINI



Pada 2.30 petang 17/12/09 telah berlangsungnya majlis pertunangan ini yang bertempat di Pulau Ketam, Duyong, Kuala Terengganu. Pada majlis ini, Nini memilih untuk mengenakan busana berona putih mutiara.

MAJLIS PERSANDINGAN NOORA SINTA & ASRO




Pada 5/12/09, telah berlangsungnya majlis akad nikah Nora & Asro di Masjid Tengku Tengah Zaharah yang juga terkenal dengan panggilan Masjid Terapung. Majlis akad nikahnya berlangsung pada pukul 9 pagi jadi Dee terpaksa bergegas ke rumahnya di Taman Dahlia,Jalan Pusara, Kuala Terengganu seawal 7.30 pagi. Pada pagi itu, Nora mengenakan pakaian berona purple putih. Pada jam 2.30 petang pula, berlangsung majlis persandingannya. Pada majlis ini, Nora mengenakan busana berona kelabu.
-Selamat Pengantin Baru dari Dee Renjis Gallery buat kedua mempelai-

MAJLIS PERKAHWINAN AZLINA DAN WAN AHMAD SHUKRI




Majlis ini bertempat di Kg. Atas Tol, Kuala Terengganu. Majlis akad nikah ini berlangsung pada jam 9 malam 4/12/09. Pada malam itu, Ina mengenakan sepasang baju berona putih dan pada keesokannya 5/12/09 iaitu majlis persandingan, Ina mengenakan sepasang baju berona meroon. Majlis persangdingan ini berlangsung pada jam 10 pagi.

Monday, December 14, 2009

MAJLIS PERSANDINGAN RAWAIDAH




Majlis persandingan ini berlangsung pada 30/11/09 bertempat di Kampung Batin, Seberang Takir, Kuala Terengganu pada pukul 11 pagi. Pada hari itu cuaca tidak berapa elok. Hujan turun dari pagi hingga ke petang namun majlis tetap berlangsung seperti yang dirancang.

MAJLIS PERTUNANGAN NATRAH



Majlis pertunangan ini berlangsung pada 28/11/09 pada pukul 2ptg bertempat di Kg Undang, Bukit Payung, Kuala Terengganu.

MAJLIS AKAD NIKAH & PERSANDINGAN KIMAH


Majlis akad nikah dan persandingan ini berlangsung pada 28/11/09 bertempat di Merbau Patah, Kuala Terengganu pada pukul 10pagi.

MAJLIS AKAD NIKAH ROS NORHAYATI




Majlis ini berlangsung pada 26/11/09 iaitu jatuh pada malam hari raya Aidiladha. Majlis ini brtempat di Pasir Panjang,Kuala Terengganu pada pukul 9mlm. Majlis persandingan pula berlangsung pada 29/11/09.